Mangsa kebakaran terharu terima kunjungan MB

YAN – Kesibukan sebagai Menteri Besar yang padat dengan program rasmi tidak menghalang YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menjengah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau, iaitu Sungai Limau.

Sejurus mendengar berita penduduk di Kampung Bahagia mengalami kebakaran pada awal pagi, selesai sahaja majlis Pelancaran Penanaman Pokok Peringkat Daerah Yan, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan bergegas ke rumah mangsa, Salleh Md Zain, 73.

Kedatangan Menteri Besar disambut mesra serta pelukan erat dengan mangsa kebakaran yang terharu dengan keprihatinan beliau.

Mangsa yang tinggal bersama isteri, dua anak serta ibunya yang berusia 98 tahun tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran yang berlaku seawal lima pagi.

Justeru, kedatangan Menteri Besar serta sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban mereka serta mengubat kesedihan akan kehilangan harta benda.

Terakhir Dikemaskini (Rabu, 23 Januari 2013 16:35)