Get a free hosting or choose from the Best Web Hosting service

Kerajaan BN Kedah boros

ALOR SETAR: Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan pembelian 10 Proton Perdana menggantikan Toyota Camry bagi penggunaan rasmi Exco Kerajaan Negeri Kedah sebagai langkah tidak praktikal dalam menjaga aliran kewangan negeri.

Ujarnya, kerajaan sekarang baru lapan bulan mentadbir negeri dan sepatutnya bersikap berhemah dalam perbelanjaan dan berjimat cermat serta berusaha mengukuhkan kewangan negeri.


Katanya, tindakan itu adalah satu pembaziran dan sewajarnya digunakan kepada tujuan lebih penting.

Terang Sanusi, Toyota Camry yang digunapakai sekarang dibeli pada tahun 2010 dan kereta mempunyai nilai ekonomik untuk lima tahun. Oleh
itu ujarnya, pembelian baharu sepatutnya dilakukan pada tahun 2015 atau selepas daripada itu.

Beliau turut menyifatkan alasan kononnya Exco lama berminat membeli kereta itu hanyalah justifikasi untuk mereka bermewah dengan kereta
baharu.

"Sejak bila sebuah kerajaan menjadi 'penjual kereta'? Bagaimana sekiranya bekas Exco tidak berminat dengan 'tawaran' itu?" sindir Sanusi.

Semasa di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, Kerajaan Negeri Kedah telah menggantikan Proton Perdana kepada Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi Exco Kerajaan Negeri setelah kajian menunjukkan penggunaan Camry lebih ekonomik berbanding Proton Perdana selain kesesuaiannya dengan tahap penggunaan.

 

(Admin: masih dalam tempoh percubaan dan web ini sedang dikemas kini)

Terakhir Dikemaskini (Rabu, 26 Februari 2014 23:11)

 
Coretan Minda Terkini