Get a free hosting or choose from the Best Web Hosting service

Pengurusan PAS semua peringkat dipertingkat

SUNGAI PETANI: Kejayaan sesebuah pertubuhan bergantung kepada beberapa faktor antaranya kebijaksanaan dalam pengurusan, kecekapan pentadbiran, kecukupan peralatan dan kelengkapan serta kedewasaan dalam pengalaman dan kemantapan syakhsiah.


Sehubungan itu, PAS Kedah telah menganjurkan Kursus Pemantapan Organisasi dan Pentadbiran di SP Inn, Sungai Petani pada 15 Februari lalu.

Kursus tersebut melibatkan Setiausaha semua Dewan dan PAS Kawasan-kawasan seluruh negeri Kedah.

Antara pemantapan yang didedahkan kepada peserta adalah berhubung pengurusan dan pentadbiran, keorganisasian, fungsi dan tanggung jawab pemegang jawatan, lajnah, jabatan dan entiti PAS Kedah, mesyuarat, peraturan sistem fail, pengarahan dan program tetap serta pengurusan kewangan.

Menurut Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad, gerakerja sebagaimana sepatutnya dipikul pemegang jawatan dalam PAS harus diterima sebagai amanah untuk kelangsungan dan menjadi contoh kepada generasi depan.


Katanya, sekiranya tanggung jawab pada hari ini diabaikan, ia akan menjadi beban kepada mereka yang datang kemudian dan merugikan PAS.

Terakhir Dikemaskini (Sabtu, 01 Mac 2014 13:19)

 
Coretan Minda Terkini