Get a free hosting or choose from the Best Web Hosting service

Kerajaan Mukhriz bazirkan duit rakyat dengan pembelian mesin cetak digital lebih RM1 juta!

Ada satu pembelian mengejutkan berlaku di bawah pentadbiran kerajaan BN. Iaitu sebuah mesin pencetak digital yang diletakkan di bawah Unit Tranformasi Media (di masa Pakatan ia dikenali sebagai Urusetia Penerangan). Hendak meletakkan mesin tersebut di unit itu terpaksa mengubahsuai pejabat kerana ia memakan ruang yang banyak.

Perkara yang menimbulkan kemusykilan ramai pihak ialah mesin tersebut dimasukkan pada bulan November lalu, sewaktu hari cuti tanpa pengetahuan pegawai tadbir. Apa yang pegawai terima ialah bil yang perlu dijelaskan kepada pembekal. Nilainya didakwa RM1.3 juta! Soalnya siapa yang luluskan peruntukan yang sebesar itu, hanya pembelian peralatan sebuah unit yang kecil. Adakah ia diputuskan dalam mesyuarat Exco?

Sewaktu Pakatan dahulu, hanya RM500 ribu setahun peruntukan disediakan untuk Urusetia Penerangan dan Urusetia Belia, ia sudah mencukupi. Termasuk dalam peruntukan itu juga ialah kos percetakan Warta Darul Aman untuk setahun.

Khabarnya mesin pencetak yang mahal itu setakat ini hanya digunakan untuk mencetak satu keluaran khas Warta Darul Aman. Tidak ada kepakaran di kalangan staf untuk mengoperasi, terpaksa panggil pembekal melakukannya. Bermakna selepas ini jika mesin tersebut mahu terus digunakan maka kerajaan negeri terpaksa menambah staf, maka bertambah peruntukan lagi untuk membayar gaji.

Soalnya, praktikal dan ekonomikkah membeli mesin yang begitu mahal hanya untuk melakukan kerja percetakan berkala dan sekali sekala? Kos bahan mentah seperti kertas dan toner, juga kos penyelenggaraan perlu diambilkira. Mesin tersebut hanya praktikal digunakan oleh peniaga bidang percetakan yang boleh mensasarkan keuntungan dalam tempoh tertentu. Jika setakat penggunaan sebuah unit dalam jabatan kerajaan; sehingga berlaku susut nilai asset sepenuhnya pun maka belum tentu keuntungan diperolehi.

Maka wujud persoalan lain yang perlu dijelaskan oleh pentadbiran Mukhriz, pembelian mesin ini berasaskan keperluan atau sengaja nak hulurkan projek pada kroni?

Di zaman Pakatan, Ustaz Azizan perkenalkan dasar perbelanjaan berhemah. Kini tiada lagi pendekatan belanja berhemah oleh kerajaan BN Kedah. Mewah dan boros adalah cara hidup mereka. Banyak lagi cerita keborosan kerajaan BN Kedah.

 
Coretan Minda Terkini