Get a free hosting or choose from the Best Web Hosting service

Jangan hanya bersalawat, ikutlah perintah Rasul

BALING: PAS meraikan dan menghormati mereka yang menganjurkan majlis-majlis selawat atas tanda sayang kepada Baginda Nabi SAW, demikian menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Kita rai, kita hormat mereka yang berselawat. Bukan tidak bagus selawat ini, (ia) menandakan sayang kepada Nabi. Tapi sayang pada Nabi bukan sahaja berselawat, tetapi (kena) berjuang macam Nabi.

“Teruskan perjuangan nabi, tegakkan ajaran Nabi, pertahankan Nabi dan syariat,” ujarnya ketika berucap pada Himpunan Derita Rakyat (Baling 2.0) di Padang Awam Keda, Kupang di sini 5 April lalu.

Terangnya, Allah menyuruh kita menghidupkan ajaran Nabi dan syariat Allah, antaranya adil untuk semua manusia demi mencapai kebahagiaan di akhirat dan memastikan kesenangan untuk rakyat, bukannya menyusahkan kehidupan rakyat.

“Kalau berselawat menyebut nama Nabi ketika sama tidak ikut Nabi, ini mempersenda dan mempermainkan Baginda.

 

 

“PAS cinta pada Nabi, sayang pada Nabi, hendak sehidup semati bersama Nabi, hendak berjuang tunjuk ajaran Nabi yang ditegakkan Baginda dengan pengorbanan dan perjuangan. Kita tidak main-main dan kita tidak bermusim dalam perkara ini.

“Kita bukan macam orang yang ada masa (mengaku) sayang Nabi, tapi masa lain rasuah, masa lain menipu, masa lain pergi umrah, pulang melantak apa saja. Kita tunjuk sama pada rakyat, jika itu cakap kita, itu (jugalah) amalan kita,” tegas beliau.

Terdahulu dalam sesi beliau bersama Liqa’ Pemuda PAS Malaysia pada sebelah paginya, Tuan Guru menyifatkan pendekatan menggunakan imej Islam oleh Umno mutakhir ini seumpama peristiwa Masjid Dhirar yang pernah berlaku di zaman Rasulullah.

Tegas beliau, para Sahabat RA tidak sekadar selawat ke atas Nabi, tetapi meraka juga berperang, berjihad dan berhijrah bersama Nabi serta menghabiskan harta untuk perjuangan Islam.

“Orang berselawat kita alu-alukan, cuma kita minta tambah lagi iaitu tunjukkan kerja-kerja Islam yang Nabi buat, laksanakan perintah-perintah Nabi. Mudahan dengan ada majlis selawat mereka tinggalkan rock, tinggalkan hiburan songsang dan tutup ‘night club’ dan unsur-unsur maksiat hingganya akhirnya tahu, (seruan) PAS selama ini benar,” terang beliau pada program yang diadakan di Madrasah Nurul Hidayah, Kuala Ketil itu.

 

 

 
Coretan Minda Terkini