Get a free hosting or choose from the Best Web Hosting service

Pemuda PAS mesti tambah ilmu

KUALA KETIL: Pemuda PAS mesti cenderung untuk menambah ilmu pengetahuan agar mampu menghadapi cabaran perjuangan, demikian seru Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian pada Liqa' Pemuda Bersama Presiden PAS di Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak.

Ujarnya, ilmu tersebut mesti berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah agar menjadi pemuda yang haraki menerusi keterlibatan dalam jamaah.

Terdahulu, beliau mengimbas kematian beberapa tokoh ulama dalam dan luar negara yang disifatkan beliau perkara sangat perlu diingati pemuda sebagai peringatan mengenai pengangkatan ilmu oleh Allah SWT.

 

 

Ilmu juga katanya, penting kerana musuh juga pada hari ini telah menunjukkan kecenderungan mereka kepada ulama agar pemuda tidak terpedaya sikap-sikap mempergunakan ulama seperti dilakukan Umno.

Lebih 1,000 anggota Pemuda PAS dari seluruh negara hadir pada liqa' ini bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat: Baling 2.0 pada sebelah petang dan malam tersebut.

Terakhir Dikemaskini (Isnin, 21 April 2014 12:29)

 
Coretan Minda Terkini