Get a free hosting or choose from the Best Web Hosting service

PAS Kedah sembah tahniah kepada Yang Di-Pertuan Agong

PAS Kedah menyembah setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Seri Paduka baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tunku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Tunku Badlishah sempena sambutan ulangtahun keputeraan rasmi baginda.

Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, rakyat Kedah merasa sungguh berbangga kerana memiliki seorang raja yang berpeluang menduduki takhta Yang Di-Pertuan Agong sebanyak dua kali. Sepanjang dua kali menduduki takhta, baginda berjaya menyerlahkan fungsi Raja Berpelembagaan dalam sebuah negara demokrasi dengan cemerlang.

 

 

“Kebijaksanaan baginda dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam negara berjaya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi beraja di negara ini.

“Justeru rakyat dari pelbagai lapisan etnik, pegangan agama dan ideologi politik dapat bernaung dengan selesa di bawah pemerintahan baginda; sekaligus perpaduan di kalangan rakyat dapat diperkukuhkan,” ujarnya.

PAS Kedah, tambahnya, berdoa agar baginda terus diberi kekuatan untuk melaksanakan tugas sebagai ketua negara sehingga tamat tempoh selaku Yang Di-Pertuan Agong dan selamat kembali memimpin dan menaungi negeri Kedah.

 
Coretan Minda Terkini