Get a free hosting or choose from the Best Web Hosting service

Kepimpinan kolektif PAS Kedah

KEPIMPINAN PAS di semua peringkat terlaksana secara kolektif dengan gabungan pelbagai latar belakang dari aspirasi semasa ahli akar umbi. 

Tidak timbul penguasaan oleh mana-mana pihak tertentu kerana setiap kepimpinan yang ada tertakluk kepada dasar PAS iaitu Islam. 

 

 

 

 

Akhirnya, segala objektif, halatuju dan gerak kerja serta arahan dari keputusan kepimpinan adalah untuk kepentingan Islam semata-mata, di mana terserah kepada penilaian umum memberi tanggapan ke atas PAS Kedah, tetapi insya Allah akan kami buktikan dengan kerja.

Lawan politik PAS adalah Umno BN dan PAS Kedah tekad untuk mengembali dan menyambung kejayaan kepimpinan lalu memerintah negeri Kedah,

Dalam sejarah PAS amnya dan PAS Kedah khususnya, tidak pernah parti ini ketandusan pemimpin. Pelapis sentiasa dibina dan terbina atas dokongan menyambung risalah perjuangan Islam yang tidak akan terpadam hingga hari kiamat sebagaimana dijanjikan Allah.

Malah, di dalam PAS terbukti usaha mencetak kepimpinan berlaku secara berstruktur menerusi perjawatan, tugasan dan pelbagai program pembinaan yang dijalankan hingga hari ini telah melahirkan ramai tokoh nasional dan antarabangsa.

Lawan politik PAS adalah Umno BN dan PAS Kedah tekad untuk mengembali dan menyambung kejayaan kepimpinan lalu memerintah negeri Kedah, insya-Allah.

Kami yakin dengan gabungan kepimpinan yang ada, kesetiaan ahli, perancangan dan tindakan bersama, kepercayaan rakyat dan pertolongan Allah SWT, perkara tersebut dapat direalisasikan.

PAS Kedah percaya, rakyat negeri ini telah melihat dan dapat membuat perbandingan adil antara tempoh pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah sesi lalu di bawah kepimpinan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dari Kerajaan BN Negeri Kedah yang diterajui Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Terbukti, Mukhriz bukan sahaja gagal menyambung pelbagai perancangan untuk memacu Kedah ke arah mensejahterakan rakyat seluruhnya, bahkan segala impian dilontarkannya sehingga kini tidak lebih hanya sebuah angan-angan.

Idea dilontarkannya bukan sahaja tidak realistik dan tidak dapat dicapai secara nyata setelah dua tahun memerintah, bahkan tidak mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan.

Demikian itu, PAS Kedah menawarkan kesediaan bahawa kami untuk berkhidmat kepada rakyat negeri Kedah seterusnya mengangkat kembali sebuah pemerintahan untuk kepentingan seluruh rakyat di bawah payung keredaan Allah SWT. - HARAKAHDAILY 28/6/2015

USTAZ AHMAD YAHAYA
Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah

Terakhir Dikemaskini (Selasa, 30 Jun 2015 15:35)

 
Coretan Minda Terkini