• Laman Utama
  • Berita Terkini
  • Coretan Minda
  • Bahan Cetak
  • Buku Tetamu
  • Hubungi Kami
  • Koleksi
Menu Utama
  • Berita Terkini
  • Coretan Minda
  • Bahan Cetak
  • Forum
Fokus Daerah
  • Padang Terap
  • Pendang
  • Sik
  • Yan
  • Kulim
  • Langkawi
Info Umum
  • Senarai Pengerusi MKK
  • Sidang Editor
  • Gambar Mesra Rakyat Daerah Baling

Langkawi

Langkawi Permata Kedah makin gemerlap Oleh:

Rabu, 26 Januari 2011 16:41 | Ditulis oleh AZMAN AHMAD | PDF | Cetak | E-mail

Langkawi Permata Kedah, diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah sempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan KDYMM Tuanku pada Ogos 2008.

Perisytiharan tersebut sekaligus menjelaskan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Langkawi adalah sebahagian dari Negeri Kedah. Sebelum ini jika disebut Langkawi, pelancong luar negara akan mengenali Langkawi  Malaysia bukan Langkawi Kedah. Kini panggilan Langkawi Permata Kedah turut disebut di dalam penerbangan ke Langkawi.

Pulau Lagenda Langkawi yang dipercayai tidak akan maju sehingga tujuh keturunan sebagaimana sumpah Mahsuri dalam kisah lagendanya. Kini Langkawi sudah mengecapi pembangunan dan dikenali sebagai bandaraya pelancongan setelah diisytihar oleh UNESCO. Pengisytiharan tersebut turut menggelarkan Langkawi sebagai Geopark.

Pulau Langkawi yang terdiri dari 104 buah pulau di mana tiga darinya adalah pulau yang didiami manusia. Pulau utama Langkawi, Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting adalah pulau yang dimaksudkan. Kesemua pulau-pulau ini ditadbir oleh Pejabat Daerah Langkawi (PDL) dan Majlis Perbandaran Langkawi (MPL).

Bagi memainkan peranan Kerajaan Pusat  dalam memajukan Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) ditubuhkan. Penubuhan Lada adalah untuk menyalurkan dana bagi memajukan Langkawi bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

Perkembangan pembangunan Langkawi cukup membanggakan sehinggakan kini sudah berkembang idea di kalangan masyarakat luar terutama Barat untuk melabur dan menjadikan Langkawi sebagai rumah kedua. Selain dari itu perkembangan perlaburan dalam sektor perlancongan dan hotel juga pesat berkembang.
Perkembangan Langkawi sebagai pusat sukan dunia terutama sukan perahu layar juga menjadi tarikan pelancong.

Ruangan Fokus Daerah menemuramah Pegawai Daerah Langkawi Encik Abdul Aziz Haji Abdul Ghani, Pegawai Daerah Langkawi, bagi mendapatkan gambaran pembangunan Langkawi.

Terakhir Dikemaskini (Rabu, 26 Januari 2011 17:22)

Baca lagi...

 

Hakcipta Terpelihara © 2010 Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah
Aras 1, Blok A, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia
Telefon: 04-7744740 Fax: o4-7744741

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 7 dengan resolusi 1024 X 768
Anda merupakan pengunjung yang ke: click for hit counter html code