Warta Kedah
Teknologi tinggi jadi pemangkin ekonomi Daerah Kulim
KULIM: Dahulu Kulim adalah bandar ketiga terpenting di Kedah selepas Alor Setar dan Sungai Petani. Peredaran masa dan lonjakan pembangunan telah mengangkat Kulim menjadi daerah industri utama di Kedah dan yang pertama di Malaysia mempunyai industri teknologi tinggi iaitu Kulim Hi-Tech Park.
“Pelaburan dari luar negara telah menumbuhkan kilang-kilang berteknologi tinggi yang membuka ribuan peluang pekerjaan. Bukan sahaja kepada anak negeri Kedah tetapi juga pihak luar. Justeru itu pertambahan penduduk di daerah ini berlaku dengan begitu pesat sekali,” kata Pegawai Daerah Kulim Dato’ Haji Abdul Rahman Ahmad.
Namun begitu, Kulim tidak ada masalah dari segi perumahan bagi menampung keperluan pekerja-pekerja dari luar baik dari seluruh Malaysia dan dari luar negara.
Banyak taman-taman perumahan dibuka bagi memenuhi keperluan semasa. Daerah ini mempunyai tanah yang luas dan adalah dianggarkan cukainya mencapai RM20.3 juta bagi tahun ini.
Terakhir Dikemaskini (Jumaat, 09 April 2010 00:00)
- Puasa - Hikmah dari ketaatan Hamba
- Langkawi Permata Kedah makin gemerlap Oleh:
- Antara projek negeri di Daerah Yan
- Kemajuan berganda di Kedah
- Mangsa ribut terima sumbangan
- Tarif Air. Kenapa mesti naik
- Sesi pembelajaran di KUIN Kuala Ketil berjalan lancar
- Menterjemah hikmah ramadhan dalam kehidupan seharian


